TABUNG SAKURA

Monday, March 14, 2011

Berubah, Berfikiran Positive!

Tadi petang aku kebosanan. Bumi Segamat dibasahi air hujan sejak awal pagi lagi. Alhamdulilah. Bumi ini kembali basah. Taklah panas sangat untuk mendaki bukit untuk ke kuliah. Tapi takut jugak. Yelah lopak air banyak. Tak boleh pakai selipar. Kene pakai sandal even hujan lebat. Jadi sandal aku dah nak mula menunjukkan tanda tanda protes. Sabarlah sandal sayang. Nanti ada duit kita beli. Even sekarang ada sikit duit, tapi banyak lagi yang penting. Sabar okay.


Habis je kelas waktu pagi, aku balik bilik terus melabuhkan badan ke katil. Seakan bantal dan tilam menyeru nyeru nama aku. Sedap sungguh tidur dikala hujan begitu. Nyenyak sampai ke zohor. Sangat seronok bila dapat tidur tanpa gangguan.

Habis saja solat, aku masih berbaring atas katil. Masih berfikir fikir apa yang patut aku lakukan. Berpura pura seakan tiada assignment yang menanti. Sedangkan kenyataannya banyak assignment yang menunggu untuk bereskan. Okay aku mengaku yang aku kadangkala mengambil remeh tentang assignment. Harus aku kikis sifat itu.

Sambil aku baring, aku dengar sebuah stesen radio. Bukan Hot, bukan Era, bukan juga Suria dan juga bukan Sinar. Tapi radio Islamik, IKIM. Actually aku dah lama dengar stesen ini. Cuma sejak aku mula melangkah masuk ke university, aku semakin kurang mendengar radio ini. Entahlah. Mungkin bagi sesetengah orang, radio ini terlalu Islamik. Radio ini terlalu berat dengan bermacam macam jenis messange. Terlalu sopan untuk masyarakat hari ini. Tapi pada aku, radio ini tenang. Memberi satu kedamaian. Memberi banyak input yang jarang radio lain dapat berikan.

Entah kenapa petang tadi aku tergerak nak dengar radio ini. Masa aku bukak radio ini sedang rancak membuka satu tazkirah. Tazkirah tentang cara hidup masyarakat hari ini. Kanak kanak, remaja dan juga dewasa. Aku tak pasti siapa yang sedang memberi ceramah. Aku tertarik dengan ceramah itu. Ceramah itu cuma berkisar tentang solat, pakaian, menutup aurat dan perkara perkara yang basic tentang Islam. Aku tertarik dan aku terus mendengar sehingga habis.

Menurut kata pencemarah tersebut, remaja hari ini memang hebat dalam berpakaian. Pandai memilih pakaian. Pandai menggayakan pakaian. Namun antara sedar mahupun tak sedar, pakaian pakaian mereka ini sebenarnya terkeluar daripada garis panduan Islam. Contohnya, remaja perempuan kebanyakannya bertudung hari ini. Menutupi rambut daripada pandangan bukan muhrim. Tapi mereka sebenarnya hanya sekadar menutup rambut semata mata. Bukannya menutup aurat seperti mana yang Islam mahukan. Tudung yang dipakai pendek. Menampakan bentuk sanggul. Menampakan batang leher. Menampak bentuk buah dada. Sedangkan Islam mahukan mereka melabuhkan tudung sehingga menutupi dada. Labuh. Menyimbunyikan apa yang tersimpan didalam. Baju yang dipakai memang menutupi bahagian yang perlu ditutup. Memakai baju berlenggan pendek tetapi bertudung. Memakai baju berlengan pendek tapi memakai sarung tangan yang panjang membaluti lengan. Menampakan susuk bentuk lengan. Lupakan mereka bahawa Islam bukan menyuruh umatNya membalut tubuh dengan pakaian tapi Islam menyuruh kita memakai pakaian yang menutup aurat yakni longgar yang tidak menampakkan susuk tubuh badan daripada orang yang bukan muhrim. Memakai seluar memang cukup panjang. Tapi menampakan susuk bentuk kaki. Ketat membaluti kaki. Ketat menampakan bentuk pinggul. Ketat menampakan dua liang lahad yang menemani kita di kubur nanti.Membungkus badan seperti membungkus buah buahan yang menunggu masa untuk masak. Lupakah remaja hari ini, bahawa yang kaki juga merupakan salah satu aurat yang wajib dijaga daripada pandangan mata mata yang bernafsu?

Apabila mendengar tazkirah itu, aku terdiam. Speechless. Aku rasa sangat bersalah. Bersalah pada agama. Aku pernah memakai sebegitu. Aku pernah berniat untuk terus memakai begitu. Entahlah. Aku rasa terkedu mendengar seorang lelaki berkata begitu. Mungkin benar kata penceramah itu. Ibu bapa hari ini tidak kisah tentang soal pakaian anak anak. Selagi mereka rasa pakaian yang dipakai oleh anak anak mereka itu cukup kain, maka mereka tidak berkata apa apa. Betul, aku setuju dengan dia. Kebanyakan ibu bapa tidak sedar yang kebanyakan anak mereka hanya membalut dan membungkus diri mereka dengan segala macam fashion yang ada di bumi hari ini. Namun mereka lupa yang Islam tidak menyuruh membalut atau membungkus. Islam mahu umatnya menutup. Tutup tanpa menampakkan susuk tubuh. Tutup tanpa menampakan apa yang tersembunyi.

Entahlah. Aku terfikir berapa banyak pakaian aku yang menepati ciri ciri sebenar pakaian seorang Muslimah. Atau mungkin baju kurung yang jarang aku pakai itu adalah baju yang sesuai untuk memenuhi ciri ciri pakaian seorang Muslimah. Tapi tak juga. Hari ini pun banyak baju kurung yang direka dan dijahit mengunakan material yang nipis. Material yang menampakkan apa yang ada di dalam. Mungkin betul kata kata seorang wanita yang pernah aku baca dalam sebuah majalah. Islam hari ini banyak dijajah. Pemikiran umatNya juga dijajah. Islam hari ini bukanlah Islam yang dulu. Kita tidak mempelajari Islam secara bersungguh sungguh. Kita hanya mewarisi Islam itu sahaja. Sampai bila kita perlu mewarisi dengan membuta tuli tanpa mengerti erti sebuah Islam itu sendiri?

*Entahlah. Ya, aku tersentap. Terngiang ngiang lagu Raihan. Iman tak boleh diwarisi walaupun daripada seorang ayah yang bertaqwa. Jadi tepuk dada tanya iman.*

No comments:

SEHATI BERDANSA