TABUNG SAKURA

Monday, March 14, 2011

Ini Kira Mengeluh Ke?

Aku sebenarnya tertanya tanya. Yelah. Siapa aku sebenarnya. Siapa aku dimata orang orang sekeliling. Aku tak nampak. Ke aku yang buta?


Entahlahkan. Sejak kebelakangan ini, aku tengah menganalisa diri sendiri. Muhasabah diri. Cari kelemahan diri. Perbaiki kelemahan diri. Kekadang kita tak tahu apa kelemahan kita sampailah ada sesuatu yang menguji dan memutarkan kita sehingga 360 darjah. Sama macam aku.

Kalau dulu aku mungkin suka dan selalu sangat menyalahkan orang lain tentang semua yang jadi. Tak fikir tentang masalah sendiri. Tak tahu tentang salah sendiri. Tapi bila ada kawan aku cakap, “kekadang dalam hidup ini kita memang asyik nampak salah orang lain. Salah sendiri tak nampak. Lebih baik tak payah fikir salah orang lain. Tanya apa salah kita...”

Entahlah ek. Aku tengah serabut. Serabut nak menyiapkan assignment. Cuba bangun walaupun terpaksa berjalan kenkang. Memang hidup aku tak susah. Kenapa nak aku keluhan tentang hidup aku sedangkan ramai lagi orang yang hidup lebih susah daripada aku. Bak kata orang, “bila kita fikir yang hidup kita bahagia, kita akan bahagia. Jangan menunggu bahagia baru nak senyum. Tapi senyumlah, kamu akan bahagia.”

Aku sedang bangun. Bangun sambil menolak aura aura negative dalam diri sendiri dan juga disekeliling. Bangun dari dalam kegelapan yang ada dalam diri. Cuba untuk menongkah arus hidup dengan cara yang baru. Susah? Tak susah, kalau kita berfikiran positive. Cuba menukar semua perspektif yang negative kepada positive. Usaha tangga kejayaan. Jadi aku akan teruskan usaha. Usaha sampai boleh. Kalau tak boleh, aku janji aku tak nangis. Sebab sekurang kurangnya aku berani untuk bangun dan berubah. Sampai bila aku nak duduk kat takuk lama. Hidup perlu berubah!

Semoga kenangan dan semua perasaan negative dan juga aura aura sedih tu pergi jauh. Jauh dari hidup aku. Aku tak mahu lagi mengeluh tentang hidup. Hidup diri sendiri. Aku boleh. Aku percaya. Aku boleh!

*Cuba cari aura aura positif untuk tak mengumpat lecturer. Haish. Susah bila dah mula mengata. Ya Allah. Tolong hambamu ini.*

No comments:

SEHATI BERDANSA